Tuesday, July 22, 2014

Jangan Tamak Peluang

TIP BIZ :Dari ABS: Jangan Tamak Peluang

Barangkali kita pernah mengalami situasi begini:Kita mempunyai bisnes membekalkan air minuman soya segar ke kedai-kedai runcit dan kantin kilang.Pada masa ini semua kedai runcit dan kantin kilang itu sedia mempunyai peti chiller sendiri. Jadi, kita hanya meletakkan botol-botol air soya kita di dalam chiller mereka.

Jumlah jualan mingguan sekitar 500 - 700 botol. Bekalan itu kita ambil dari seorang pengeluar kecil. Modal kita hanyalah membayar duit cagaran RM1k sahaja kepada beliau. Hasil jualan membolehkan kita cukup membayar ansuran van second-hand yang dibeli dan upah kita bekerja sendiri.

Kemudian kita mendapat tawaran dari 'orang dalam' di sebuah rangkaian supermarket bagi membekalkan air soya kepada 36 buah cawangannya di seluruh Semenanjung. Tetapi kita dikehendaki meletakkan sendiri peti chiller kita di tiap-tiap cawangan supermarket itu. 

Apakah implikasi tawaran itu seandainya kita setuju membekalkan air soya kita kepada semua 36 cawangan supermarket tersebut?

Sumber : Puan Ainon.

Monday, July 21, 2014

Kelebihan Solat Dhuha

[ Solat Dhuha ]

Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.

”Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani) 


Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha), nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.” (HR. Haklim dan Tabrani).

 * Semoga Allah memberikan taufiq untuk beramal dengan solat dhuha.

 Sumber :Shafiqalbu.wordpress.com


Saturday, July 19, 2014

Sharing is Caring

Sharing Is Caring
===========

Kepakaran kami menyediakan kek buah pilihan No 1 rakyat Malaysia. Nek Nun's Fruit cake merupakan kek buah yang lazat,enak dan berkhasiat. Nek Nun's Fruit cake sentiasa mengekalkan keaslian rasa kek buah yang sebenar. Sarat dengan buah-buahan dan amat sesuai dimakan pada bila-bila masa. "Every Bite Means Fruit"

kenapa anda perlu memilih Nek Nun's Fruit Cake?

==> Harga yang berpatutan hanya Rm8
==> Tahan lama. Lagi lama lagi sedap!!
==> Saiz yang kecil dan boleh di bawa ke mana-mana sahaja.
==> Sarat dengan buah-buahan yang berkhasiat.
==> sesuai dihidangkan pada bila-bila masa.

Menerima tempahan :-

kenduri kahwin. (wedding gift)
Majlis sambutan hari jadi (birthday)

=============================
Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan sila hubungi:
=============================

017 9403645 ( Pn. Ainun Aziz- Pengasas Nek Nun's RICH-)
013 6004530 (En.Rafizi Azmi CEO Nek Nun's RICH-)

Fb Page : Nek Nun's RICH
Email : neknunsfruitcake@gmail.com

Friday, July 18, 2014

Etika Buruk Dalam Pemasaran

Salah satu ciri blog yang tidak menjual adalah 
blog yang menggunakan pendekatan 'pushy 
marketing'
Pushy marketing adalah strategi mendesak. 
Strategi yang sangat mengjengkelkan.
Strategi yang tidak endah pada pelanggan, 
dan mementingkan kepentingan peribadi.
Anda mungkin mempunyai pengalaman buruk 
berhadapan dengan sesetengah jurujual yang 
memaksa-maksa untuk membeli produk anda. 
Walaupun anda sudah nyatakan memang tidak 
berminat untuk membeli produk mereka.
---------------------------------------------------------
Etika Buruk Dalam Pemasaran
---------------------------------------------------------
Dalam konteks blog, antara contoh strategi yang 
menggunakan pushy marketing adalah penggunaan 
popup Facebook.
Kami sangat yakin anda pernah melawati blog yang
mengeluarkan 'annoying popup' dan anda dipaksa 
untuk like Facebook Page mereka atau tunggu 3,000 saat.
Apa perasaan anda ketika itu?
Sangat terganggu?
STRESS GILA?
Dan akibatnya, anda hilang sabar dan keluar dari laman 
blog itu.
Konsep relationship building tidal pernah lari dari mana-
mana jenis marketing, termasuklah di blog.
Contohnya, jika anda ada produk kesihatan & kecantikan.
Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk 
apabila anda sentiasa berkongsi tip, kaedah, petua melalui blog.
Kelebihan membina hubungan :
1) Pelanggan tidak gentar untuk membeli produk anda.
Mereka sudah anggap anda berbisnes tidak bertuhankan wang 
ringgit dan keuntungan semata-mata.
2) Pelanggan yakin dan tidak was-was untuk membuat 
bayaran. Anda dilihat sebagai jurujual yang jujur dan ikhlas 
mahu menjual.
3) Pelanggan lebih cenderung untuk menjadi loyal customer 
kerana sudah mula anggap anda 'kawan rapat'.

Sumber: Majalah Niaga


Hubungi Kami

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

017 9403645 ( Pn. Ainun Aziz- Pengasas Nek Nun's RICH-)
013 6004530 (En.Rafizi Azmi Pengurus Pemasaran-)

Emel:

neknunfruitcake@gmail.com

Fb Page : Nek Nun's RICH 

Tempahan dan Pakej

Tempahan dan Pakej

Harga pasaran

Rm8 sebekas

*Tidak termasuk kos penghantaran


Pakej perniagaan akan dimaklumkan kemudian.

Perkongsian Ilmu


[ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD]

1. Saya rindukan Puan Guru Ainon Mohd. Tahun lepas dibulan puasa begini lah saya dan teman teman duduk bertalaqi ilmu bisnes.

2. Pagi ini saya terdengar beliau panjang memperihal ilmu. Kata Puan Guru,
Brains lawan Muscles - Otak lawan Otot

Dinosaur pupus disebabkan nisbah antara saiz otaknya dan saiz ototnya tidak optimum. Badannya yang besar dan otot-ototnya yang kuat tidak padan dengan otaknya yang kecil.

3. Seperti biasa Puan Guru pandai membawa kita ke alam niaga. Beliau berkata, syarikat kita pun boleh menjadi macam dinosaur itu. Apakah maksudnya?

Menurut Puan Guru, dalam syarikat dinosaur, kita satu orang sahaja yang berfungsi sebagai otak syarikat. Semua idea datang dari kita. Semua keputusan menunggu kita. Pekerja syarikat hnaya berfungsi sebagai otot dinosaur. Mereka bergerak lembap dalam melaksanakan arahan dari otak dinosaur.

4. Dalam syarikat dinosaur, meskipun pekerja memiliki ijazah dalam bidang profesional, mereka bekerja tanpa perlu menggunakan otak mereka. Mereka sekadar menurut kata ketua. Syarikat dinosaur hidup untuk beberapa lama. Dalam tempoh itu ia membesar. Kemudian menguncup, lama-lama pupus.

5. Apakh ciri nyata syarikat itu. Tanda-tanda kita mengetuai syarikat dinosaur:

Apabila Staff kita banyak, tetapi HP kita berbunyi lebih daripada 2 kali sehari, menerima panggilan dari staff.

Kita pula call staff lebih dari satu kali sehari.

Apabila orang di luar syarikat masih call kita direct atas urusan rutin syarikat. Sampai kita terpaksa beritahu dia supaya urus sahaja dengan staff berkaitan, dan kita berikan nama dan nombor HP staff kita itu.

Apabila kita yang menjana semua idea yang dilaksanakan staff.

Kita menapis semua idea yang dicadangkan oleh staff. Kalau kita setuju, baru boleh dilaksanakan. Kita mempunyai kuasa membatalkan idea dan keputusan yang dijalankan oleh staff.

Apabila staff tidak berani membuat sebarang keputusan. 

Mendengar bual bicara Puan Guru rasa macam tertembak kaki sendiri sahaja.

Aduh sakitnya

Galeri

Galeri Nek Nun's RICH

Fruit Cake yang baru di bakar

Ceo Nek Nun's RICH dimajlis makan malam bersama unit pengajian Islam


Sedapkan..memang banyak buahnya..

Selamat berpuasa daripada Nek Nun's RICH

Ceo Nek Nun's RICH bersama produknya

Program semarak dakwah di Mydin Meru Ipoh

Selamat Hari Guru dari Nek Nun's RICH

Tempahan daripada pelanggan untuk khatam Al Quran

Bahan yang dipilih  halal, suci dan bersih.

Membeli bahan-bahan kek

Nek Nun's Fruit Cake yang disusun kemas.

Produk

Nek Nun's Fruit Cake (200g)

Rm8 sebekas.




Misi dan Visi

Misi dan visi

Misi

Melahirkan usahawan yang bertakwa, amanah dan berjiwa besar untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Visi

Memberikan kebahagiaan dengan menyediakan kek buah asli yang enak dan lazat disamping dapat menambah nilai hidup orang lain daripada biasa-biasa sahaja kepada hidup luar biasa.

Thursday, July 17, 2014

Salam perkenalan Nek Nun's RICH

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana dengan rahmatNya dapat kita bertemu. Sesungguhnya setiap pertemua itu berlaku dengan izin dari Allah swt. Selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi singgah ke blog kami. "Tidak kenal maka tidak cinta". Inshaallah kami akan memperkenalkan serba sedikit berkaitan dengan Nek Nun's RICH.

Nek Nun's RICH ini diasaskan oleh ibu mertua saya sendiri iaitu Puan Ainun Binti Abdul Aziz. Beliau menetap di Telipot Kota Bharu Kelantan. Minat beliau dalam bidang pembuatan kek ini sejak dibangku sekolah lagi. Beliau telah menerima banyak tempahan kek daripada pelanggan hampir setiap hari. oleh sebab permintaan memberangsangkan maka tercetuslah idea untuk memasarkan kek buah ini ke pasaran yang lebih luas.

Nek Nun's RICH adalah singkatan daripada panggilan cucu kepada nenek. Asalnya nenek Ainun dan nama ini diubah suai menjadi "branding" kepada produk kek Nek Nun's RICH. Alhamdulillah produk yang dihasilkan Nek Nun's Fruit Cake mendapat sambutan orang ramai. Inshaallah kami berharap dapat membantu lebih ramai orang di luar sana untuk merasai sendiri keenakkan keaslian kek buah sudah tentunya  halal, suci dan sedap. Kami juga mengharapkan doa daripada semua agar kami terus maju kehadapan. Kami mendoakan agar semua yang mengikuti dan membaca blog ini sentiasa mendapat rahmat dari Allah.


yang ikhlas.
rafizi Azmi
Ceo Nek Nun's RICH