Thursday, July 17, 2014

Salam perkenalan Nek Nun's RICH

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana dengan rahmatNya dapat kita bertemu. Sesungguhnya setiap pertemua itu berlaku dengan izin dari Allah swt. Selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi singgah ke blog kami. "Tidak kenal maka tidak cinta". Inshaallah kami akan memperkenalkan serba sedikit berkaitan dengan Nek Nun's RICH.

Nek Nun's RICH ini diasaskan oleh ibu mertua saya sendiri iaitu Puan Ainun Binti Abdul Aziz. Beliau menetap di Telipot Kota Bharu Kelantan. Minat beliau dalam bidang pembuatan kek ini sejak dibangku sekolah lagi. Beliau telah menerima banyak tempahan kek daripada pelanggan hampir setiap hari. oleh sebab permintaan memberangsangkan maka tercetuslah idea untuk memasarkan kek buah ini ke pasaran yang lebih luas.

Nek Nun's RICH adalah singkatan daripada panggilan cucu kepada nenek. Asalnya nenek Ainun dan nama ini diubah suai menjadi "branding" kepada produk kek Nek Nun's RICH. Alhamdulillah produk yang dihasilkan Nek Nun's Fruit Cake mendapat sambutan orang ramai. Inshaallah kami berharap dapat membantu lebih ramai orang di luar sana untuk merasai sendiri keenakkan keaslian kek buah sudah tentunya  halal, suci dan sedap. Kami juga mengharapkan doa daripada semua agar kami terus maju kehadapan. Kami mendoakan agar semua yang mengikuti dan membaca blog ini sentiasa mendapat rahmat dari Allah.


yang ikhlas.
rafizi Azmi
Ceo Nek Nun's RICH

No comments:

Post a Comment