Salah satu ciri blog yang tidak menjual adalah
blog yang menggunakan pendekatan 'pushy
marketing'
Pushy marketing adalah strategi mendesak.
Strategi yang sangat mengjengkelkan.
Strategi yang tidak endah pada pelanggan,
dan mementingkan kepentingan peribadi.
Anda mungkin mempunyai pengalaman buruk
berhadapan dengan sesetengah jurujual yang
memaksa-maksa untuk membeli produk anda.
Walaupun anda sudah nyatakan memang tidak
berminat untuk membeli produk mereka.
------------------------------ ---------------------------
Etika Buruk Dalam Pemasaran
------------------------------ ---------------------------
Dalam konteks blog, antara contoh strategi yang
menggunakan pushy marketing adalah penggunaan
popup Facebook.
Kami sangat yakin anda pernah melawati blog yang
mengeluarkan 'annoying popup' dan anda dipaksa
untuk like Facebook Page mereka atau tunggu 3,000 saat.
Apa perasaan anda ketika itu?
Sangat terganggu?
STRESS GILA?
Dan akibatnya, anda hilang sabar dan keluar dari laman
blog itu.
Konsep relationship building tidal pernah lari dari mana-
mana jenis marketing, termasuklah di blog.
Contohnya, jika anda ada produk kesihatan & kecantikan.
Pelanggan lebih cenderung untuk membeli produk
apabila anda sentiasa berkongsi tip, kaedah, petua melalui blog.
Kelebihan membina hubungan :
1) Pelanggan tidak gentar untuk membeli produk anda.
Mereka sudah anggap anda berbisnes tidak bertuhankan wang
ringgit dan keuntungan semata-mata.
2) Pelanggan yakin dan tidak was-was untuk membuat
bayaran. Anda dilihat sebagai jurujual yang jujur dan ikhlas
mahu menjual.
3) Pelanggan lebih cenderung untuk menjadi loyal customer
kerana sudah mula anggap anda 'kawan rapat'.
Sumber: Majalah Niaga
No comments:
Post a Comment