[ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD]
1. Saya rindukan Puan Guru Ainon Mohd. Tahun lepas dibulan puasa begini lah saya dan teman teman duduk bertalaqi ilmu bisnes.
2. Pagi ini saya terdengar beliau panjang memperihal ilmu. Kata Puan Guru,
Brains lawan Muscles - Otak lawan Otot
Dinosaur pupus disebabkan nisbah antara saiz otaknya dan saiz ototnya tidak optimum. Badannya yang besar dan otot-ototnya yang kuat tidak padan dengan otaknya yang kecil.
3. Seperti biasa Puan Guru pandai membawa kita ke alam niaga. Beliau berkata, syarikat kita pun boleh menjadi macam dinosaur itu. Apakah maksudnya?
Menurut Puan Guru, dalam syarikat dinosaur, kita satu orang sahaja yang berfungsi sebagai otak syarikat. Semua idea datang dari kita. Semua keputusan menunggu kita. Pekerja syarikat hnaya berfungsi sebagai otot dinosaur. Mereka bergerak lembap dalam melaksanakan arahan dari otak dinosaur.
4. Dalam syarikat dinosaur, meskipun pekerja memiliki ijazah dalam bidang profesional, mereka bekerja tanpa perlu menggunakan otak mereka. Mereka sekadar menurut kata ketua. Syarikat dinosaur hidup untuk beberapa lama. Dalam tempoh itu ia membesar. Kemudian menguncup, lama-lama pupus.
5. Apakh ciri nyata syarikat itu. Tanda-tanda kita mengetuai syarikat dinosaur:
Apabila Staff kita banyak, tetapi HP kita berbunyi lebih daripada 2 kali sehari, menerima panggilan dari staff.
Kita pula call staff lebih dari satu kali sehari.
Apabila orang di luar syarikat masih call kita direct atas urusan rutin syarikat. Sampai kita terpaksa beritahu dia supaya urus sahaja dengan staff berkaitan, dan kita berikan nama dan nombor HP staff kita itu.
Apabila kita yang menjana semua idea yang dilaksanakan staff.
Kita menapis semua idea yang dicadangkan oleh staff. Kalau kita setuju, baru boleh dilaksanakan. Kita mempunyai kuasa membatalkan idea dan keputusan yang dijalankan oleh staff.
Apabila staff tidak berani membuat sebarang keputusan.
Mendengar bual bicara Puan Guru rasa macam tertembak kaki sendiri sahaja.
Aduh sakitnya
No comments:
Post a Comment