Friday, July 18, 2014

Galeri

Galeri Nek Nun's RICH

Fruit Cake yang baru di bakar

Ceo Nek Nun's RICH dimajlis makan malam bersama unit pengajian Islam


Sedapkan..memang banyak buahnya..

Selamat berpuasa daripada Nek Nun's RICH

Ceo Nek Nun's RICH bersama produknya

Program semarak dakwah di Mydin Meru Ipoh

Selamat Hari Guru dari Nek Nun's RICH

Tempahan daripada pelanggan untuk khatam Al Quran

Bahan yang dipilih  halal, suci dan bersih.

Membeli bahan-bahan kek

Nek Nun's Fruit Cake yang disusun kemas.

Produk

Nek Nun's Fruit Cake (200g)

Rm8 sebekas.




Misi dan Visi

Misi dan visi

Misi

Melahirkan usahawan yang bertakwa, amanah dan berjiwa besar untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Visi

Memberikan kebahagiaan dengan menyediakan kek buah asli yang enak dan lazat disamping dapat menambah nilai hidup orang lain daripada biasa-biasa sahaja kepada hidup luar biasa.

Thursday, July 17, 2014

Salam perkenalan Nek Nun's RICH

Assalamualaikum dan selamat petang.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana dengan rahmatNya dapat kita bertemu. Sesungguhnya setiap pertemua itu berlaku dengan izin dari Allah swt. Selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi singgah ke blog kami. "Tidak kenal maka tidak cinta". Inshaallah kami akan memperkenalkan serba sedikit berkaitan dengan Nek Nun's RICH.

Nek Nun's RICH ini diasaskan oleh ibu mertua saya sendiri iaitu Puan Ainun Binti Abdul Aziz. Beliau menetap di Telipot Kota Bharu Kelantan. Minat beliau dalam bidang pembuatan kek ini sejak dibangku sekolah lagi. Beliau telah menerima banyak tempahan kek daripada pelanggan hampir setiap hari. oleh sebab permintaan memberangsangkan maka tercetuslah idea untuk memasarkan kek buah ini ke pasaran yang lebih luas.

Nek Nun's RICH adalah singkatan daripada panggilan cucu kepada nenek. Asalnya nenek Ainun dan nama ini diubah suai menjadi "branding" kepada produk kek Nek Nun's RICH. Alhamdulillah produk yang dihasilkan Nek Nun's Fruit Cake mendapat sambutan orang ramai. Inshaallah kami berharap dapat membantu lebih ramai orang di luar sana untuk merasai sendiri keenakkan keaslian kek buah sudah tentunya  halal, suci dan sedap. Kami juga mengharapkan doa daripada semua agar kami terus maju kehadapan. Kami mendoakan agar semua yang mengikuti dan membaca blog ini sentiasa mendapat rahmat dari Allah.


yang ikhlas.
rafizi Azmi
Ceo Nek Nun's RICH